Palestin...
“Monolog diri aku“
Aku nak pergi Palestin, nak pertahankan umat Islam di sana.
Islam di sana ditindas, rakyatnya dibunuh, rumah diroboh. Aku nak pergi…nak
tolong mereka yang dilanda bencana di sana.
Eh kejap….betul ke palestin dilanda bencana…aku tengok okay
je. Tak ada apa-apa yang tak kena pun.
Eish, ko buta ke! Pekak! Diorang kat sana dibom, anak –anak
disana disembelih, ditangkap, ditembak. Kau bayangkan kalau anak kau ditembak. Apa Kau rasa?
Yang tu betul aku setuju. Tapi apa masalah umat Islam
disana?
Eh eh kau ni betulla…buta berita ke? Tu yahudi tu musuh umat
islam tu nak bunuh umat Islam di sana. Diorang tembak, bom rumah, serang guna
helicopter. Sekat ekonomi, makanan semua tak cukup kau masih lagi kata okay.
Betullah kau ni buta..
Oh, itu yahudi tu memang musuh Islam. Jadi kau memang nak
pergilah ni. Nak berjihad la. Kalau kau pergi apa kau nak buat? Nak tembak
semua orang yahudi? Nak belasah diorang
sampai lembik? Boleh ke?
Ye lah… apa lagi. Takkan pergi sana melancong kot. Aku nak
bunuh seramai mungkin orang yahudi disana. Aku akan tembak askar pengecut
mereka. Aku ingin mati syahid. Aku nak perjuangkan Islam di sana.
Jap –jap kau nak perjuangkan Islam kat sana?
Ye lah dah tu ape plak.
Tapi apa masalah Islam kat sana?
Eh kau ni tanya lagi. Kan Islam ditindas disana. Al Quds di
tawan. Tu yang aku nak berjihad ni. Kau
ni kenapa nak halang-halang aku berjihad ni.
Kenapa Al quds ditawan?
Aghh kau ni kenapa? Mestilah sebab yahudi tu yang tawan.
Mereka kan musuh Islam.
Maaflah kawan, aku cuma nak tau sahaja. Bagi aku Islam di Palestin tiada masalah. Okay
je.
Oit kau ni bengong ke. Kenapa kau cakap macam tu?
Ye la bagi aku Islam di sana subur. Masjid sentiasa penuh setiap waktu fardhu
walau pun masjid dah tak macam masjid dah. Kanak-kanak dah boleh menghafaz
Al-Quran. Kita kat sini anak baru khatam Quran, sepuluh buah khemah naik nak
buat kenduri. Islam disana kuat. Orang-orang disana semuanya baik-baik. Kau
pernah dengar kes curi kat sana, kes buang anak, kes zina, kes tangkap basah.
Takde kan. Jadi apa masalah Islam kat sana yang kau nak pergi berjihad tu. Kau
kata kau nak perjuangkan Islam kat sana tu yang aku nak tau tu.
Aku nak tembak askar yahudilah. Aku nak mati syahid.
Alhamdulillah, moga Allah memperkenankan hasrat kau tu. Cuma
aku nak tanya. Kalau kau pergi sana kau
rasa boleh banyak membantu ke? Lemah ke yahudi dengan kehadiran kau kat sana?
Yang kau belit-belit
nie kenapa? Aku tak fahamlah.
Isu Palestin, masalahnya bukan disana. Punca masalahnya
disini. Kau faham tak?
Tak fahamlah. Cuba kau terangkan sikit.
Okay, kenapa palestin ditawan? Sebab yahudi kuat ke atau
kita umat Islam ini yang lemah? Bagi aku yahudi berjaya tawan Palestin sebab
Islam hari ini semakin lemah. Bukan sebab yahudi kuat.
Dah tu apa yang aku nak buat? Dok kat sini pun bukan boleh
buat apa-apa pun. Tengok berita palestin diserang aku jadi geram, sedih, marah.
Apa aku perlu aku buat?
Mari kita belajar dari sejarah. Lihat bagaimana Sultan
Salahuddin Al Ayubi menawan kota suci Baitulmaqdis. Baginda tak pun terus pergi
serang je nak, tidak. Baginda satukan umat-umat Islam dahulu. Bila umat Islam
bersatu, barulah Baitulmaqdis berjaya di tawan.
Tapi zaman sekarang mana ada orang macam Sultan Salahuddin
Al Ayubi lagi, macam Sultan Muhammad Al Fateh. Dah takde dah.
Ada…kenapa pulak tak de.
Kat mana?
Dalam diri kamu. Dalam hati kamu wujud sikap Muhammad Al
fateh, Sultan Salahuddin Al ayubi, cuma kamu sahaja tidak menyedari.
Benarkah? Macam tak percaya je. Betul ke. Jadi apa perlu aku lakukan?
Palestin, bumi para Anbia, bumi barakah yang sedang bergolak
itu adalah simptom. Simptom yang menunjukkan umat islam sekarang sedang sakit.
Umat islam yang sudah meninggalkan Islam dalam hati. Kita cuma mampu melihat
sahaja. Mereka beruntung di sana kerana dipilih Allah untuk berjuang
mempertahankan Islam. Cuba kita lihat, anak-anak kecil disana bercita-cita
untuk syahid. Anak-anak kecil disini bercita-cita menjadi penyanyi.
Pemuda-pemuda disana mengangkat senjata mempertahan maruah Islam, anak-anak
muda disini mengangkut awek menggadai maruah. Wanita-wanita disana tabah bila
anak mereka syahid. Wanita-wanita disini merajuk tidak dibawa shopping. Kita disini menepuk perut berlemak ketika
lapar. Siapa yang dilanda bencana sekarang..mereka atau kita? Kita bersyukur
kerana Allah memberi kita keamanan, atau kita sedang menunggu bala.
Dah tu apa aku harus buat?
Bukan harus,tapi wajib.
Okay apa yang wajib aku buat?
Dakwah, pada diri kamu, orang-orang sekelililng kamu supaya
kembali pada Islam. Amalkan cara hidup Islam. Mencintai Allah dan Rasul lebih
dari dunia dan isinya.
Apa kesannya pada Palestin? Palestin akan bebaskah?
Bila umat Islam bersatu, bergantung dan memohon hanya pada
Allah, masjid-masjid meriah dengan Jemaah setiap waktu fardhu, Islam ditegakkan
ketika itulah Islam sudah menang. Palestin akan menjadi kota suci milik orang
Islam. Palestin adalah kayu ukur kesatuan ummat. Nabi cakap umat Islam umpama
satu badan, jika satu anggota sakit, yang lain akan terasa sakitnya juga. Tapi
sekarang umat Islam bagaikan orang lumpuh.
Dah tak rasa apa-apa pun
Nak dakwah? Aku bukan pandai agama pun.
Tak pandai agama pun kita boleh berdakwah. Boleh ajak kawan-kawan pergi dengar ceramah
ke, kumpul artikel tentang hikmah solat ke kemudian sebarkan. Kita ajak anak-anak
muda ke masjid solat berjemaah.Buatlah apa yang termampu. Janji Amar Maaruf
Nahi Mungkar. Negara kita ni, dah terlalu nazak, gejala sosial dah terlalu
teruk, zina, dadah, rempit, bohsia bohjan, malah dah dijadikan filem. Krisis
Palestin berlaku kerana kita yang merelakan. Jika kau fikir hanya palestin
sahaja yang ditawan kau ternyata silap, Palestin masih belum di tawan, kerana
itu Yahudi masih terus menyerang Palestin. Kita ini lah sebenarnya yang telah
di tawan. Cara hidup kita dah hampir sama dah dengan cara hidup mereka. Malah
kita telah pun menjadi askar-askar yahudi yang membekalkan senjata untuk
membunuh umat Islam disana. Kita ini lah pembelot. Kitalah yang sebenarnya
menjayakan rancangan-rancangan yahudi laknatullah.
Oit kau cakap baik-baik sikit.
Ye kita pembelot, kita tau umat Islam akan menang jika
amalkan cara hidup Islam seperti yang Nabi SAW ajarkan tapi kita tak buat. Kita
pembelot!
Kita tau yahudi takut dengan umat Islam yang ramai solat
jemaah setiap waktu fardhu, tapi kita tak buat. Kita pembelot!
Kita tau yahudi akan kalah jika kita amalkan sunnah Nabi
SAW, tapi kita minum pun selalu berdiri, bismillah pun cuma bila makan, itu pun
selalu lupa. Kita pembelot!
Kita tau yahudi kuat kerana ekonominya kita yang sokong tapi
kita tak boikot barang-barang mereka, kita bagi duit kat diorang untuk bunuh
saudara kita. Kita lah sebenarnya pembelot.
Kau tau tak apa ayat kita bila kita membeli barang-barang yang sokong
yahudi?
Apa dia?
Aku bagi contoh lah McDonald. Contoh ayatnya macam nie. “ Dik bagi
prosperity dua set, yang large punya.”
“Eh abang tak boikot ke? McD nie memang sokong zionis bang”
“Ala tak pe, kau ambil duit ni, beli senapang tembak saudara
aku kat palestin sana. Aku dapat burger pun dah rasa bahagia sangat.” Demi
burger kita sanggup tolong musuh Islam bunuh saudara kita yang pertahankan
Islam. Kan pembelot namanya tu. Kita menangis bila tengok yahudi serang,bunuh
dan seksa umat Islam, berapi-berapi kita berborak tentang kekejaman yahudi tapi
sambil borak kita hisap rokok. Rokok kan merupakan sumber ekonomi yahudi yang
sangat besar. Kita nilah pembelot.
Habis tu apa yang perlu kita buat. ?
Kembalilah pada Islam, Kita akan menang. Ramai kata kita perlu bersyukur negara kita
aman, ya benar, Negara kita memang aman dari peperangan malah terlalu aman
hingga maksiat pun boleh dibuat dengan aman. Kau fikir Nabi akan tersenyum kah melihat
negara kita yang aman ini atau Nabi tersenyum melihat melihat rakyat Palestin
yang sengsara. Mari kita fikir,
bertindaklah sekarang.
Hayatilah peringatan Dari Allah ini.
Surah Ash-Shaff
1. Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tetap
mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan
apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan
sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk
membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan Yang tersusun kukuh.
5. dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada
kaumnya: " Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu
mengetahui Bahawa Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu?" maka
ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya),
Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik - derhaka.
6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam
berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada
kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab
Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan
datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada
mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata:
"Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
7. dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang
mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk
Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang
Yang zalim.
8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah
(ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).
9. Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) Dengan
membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia
memenangkannya dan meninggikannya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun
orang-orang musyrik tidak menyukainya.
10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak
terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu
berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu;
Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan
memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga "
Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan
sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.
14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu
pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi
Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:
"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela
(ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka
sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami
berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,
maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.