Wednesday, May 30, 2012

Warkah Buat Isteriku

Assalamualaikum...


Buat isteri abang yang tercinta,

Ketika surat ini ditulis sayang telah pun beradu melepas lelah setelah penat bekerja di pejabat dan di rumah.
Sayu hati melihat sayang baring bukan di atas tilam yang lembut, tidak selembut tilam yang mengalas bayi kita di dalam perut mu sayang. "Alah jika puteri Rasulullah SAW hanya beralaskan tikar tidak merungut, inikan pula kita yang ada tilam nipis" Itulah jawapan sayang setiap kali abang menyatakan kekesalan. Maafkan abang sayang.

Alhamdulillah, 

Dalam usia perkahwinan tidak sampai sebulan, Allah dengan RahmatNya yang luas mengurniakan cahaya mata buat kita. Gembira rasa hati kerana tidak lama lagi kita akan bergelar Abi dan Ummi. Ah macam-macam yang kita fikirkan. mahu melihat anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Merancang mahu mendidik anak kita dengan baik, kitalah ibu bapa, kitalah guru, kitalah idola hehehe malah sayang mengatakan abang terpaksa bersaing dengan Boboiboy, Power Rangers, Ultraman dan Ben 10. 

Kini,

Usia kandungan sayang sudah hampir mencapai 9 bulan. Alhamdulillah, anak kita sihat, moga Allah permudahkan ketika sayang bersalin nanti. Mengenang kembali awal kehamilan sayang buat abang kagum dengan ketabahan seorang perempuan.  Dalam kepayahan, sakit pening, sayang layan abang dengan baik sekali. Dengan kaki yang bengkak sayang memasak, dengan pinggang yang lenguh sayang membasuh, dengan kepala yang sakit sayang teruskan melaksanakan kerja biarpun itu bukan tanggungjawab sayang.

Sayang,

Abang berasa sangat bersyukur kerana Allah mempertemukan kita. Menjadikan sayang teman hidup, bidadari hati abang. Abang tidaklah sebaik mana, romantis jauh sekali. Jika abang ada melakukan kesalahan, mengguris hati dan perasaan, abang pohon maafkanlah abang. Jika abang melakukan kesalahan, maka tegurlah abang kerana teguran itu tanda kasih sayang membentuk abang menjadi lebih baik.

Sayang,

Abang tidak mampu untuk memberikan kemewahan dunia, harta yang yang melimpah ruah. Namun abang akan cuba yang terbaik untuk membahagiakan dirimu. Tidak banyak yang dapat abang berikan untukmu dalam masa umur yang singkat. Moga Allah memberkati perkahwinan dan keluarga yang akan kita bina.

Sayang,

Abang redha sayang sebagai isteri abang dari hari pernikahan kita hingga akhir hayat abang. Moga Allah permudahkan urusan ketika sayang berjihad bertarung nyawa melahirkan anak kita nanti. Doa abang untuk sayang tidak pernah putus. Moga semuanya akan selamat. 


Ya Allah permudahkan urusan kami di dunia ini dan permudahkan urusan kami lebih-lebih lagi di akhirat nanti.


Suamimu.....



Wednesday, May 23, 2012

Penatlah jadi Pemalas

Penat......
Huhuhu mesti anda semua pernah mengalami perasaan penat kan?
Penat saya ni bukan penat fizikal tetapi penat saya adalah penat menjadi seorang yang pemalas, seorang yang selalu gagal tapi kuat berangan hehehe. Anda bagaimana?

Jom jadi rajin dan berjaya. Tidak susah untuk jadi rajin dan berjaya, cuma kita kena buang perkataan 'kalau' sahaja.

Macam mana tu? Kita selalu dengar orang cakap " Eleh, kalau aku pandai macam dia aku pun boleh..."
atau orang cakap macam ni  "Kalau aku kaya macam orang tu pun aku akan derma banyak-banyak..."
ataupun "aku, kalau berjaya dan kaya aku akan bina masjid dengan dewan sekali"

Ha...kita cuma kena buang perkataan 'kalau' je kerana perkataan ini banyak lahir dari perasaan yang negatif dan ia akan menegatifkan. Buang jauh2 perkataan itu dan jom jadi rajin. Saya juga mahu jadi rajin...tak mahu jadi malas.

Tidak cemburukah kita melihat kejayaan orang lain. Malah Allah juga menyeru kepada kita setiap hari dalan seruan azanNya " Marilah menuju kejayaan"

Senyum dan jom jadi orang yang berjaya...


p/s; akhirnye berjaya gak tulis kat blog nie balik...

Monday, April 25, 2011

Terharu....

Terima kasih kerana memberikan saya sesuatu yang amat bernilai..
terharu sangat....sebab ia menghidupkan kembali cita-cta dan impian saya...
huhuhuhuhu terharu....
Saya akan cuba gunakannya untuk capai impian kita....

Wednesday, March 23, 2011

Motivasi

"Setiap pagi anda bangun tidur dan anda masih berada di atas tanah, itulah hari yang terbaik buat anda"
-Craig Naylor-

Wednesday, March 9, 2011

Lena Yang Panjang

Hati masih terlena walau jasad dalam jaga
modal usia mengalir tanpa ibadah
masa berlalu dengan sia-sia

sejarah penuh dengan dosa,
menyesal tapi masih melakukan
iman semakin kecil,
nafsu bertakhta beraja,
memerintah anggota melakukan durja

Duhai hati...
bangkitlah...
wahai Iman...
bersinarlah...
Berjihadlah dengan tabah....
Memang peperangan ini amat sukar..
namun menyerah jangan sekali...
biar kalah beribu kali....
biar rebah berjuta kali...
Selagi belum mati...
kemenangan belum pasti...

Ya Allah Ya tuhanku...
aku bermohon padaMu
Wahai Tuhan yang maha pengasih...
Kuatkanlah hati ini...
kukuhkan kubu iman ku...
moga kemenangan menjelma disaat aku mati...

Wahai Tuhan...
Aku hamba yang menzalimi diriku...
Menghabiskan masa usia ku dengan sia-sia...
melakukan dosa setiap hari....
tidak layak untuk syurga mu...

Wahai Tuhan...
Yang maha Pengasih...
Yang maha Pengampun...
Ampunilah diri ini....

Wahai hati...
bangkitlah....
wahai iman....
Bersinarlah....
moga dari saat ini...
kita tidak akan kalah lagi....

Ya Allah...
Sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu...
seperti Engkau menerangi bumi dan langit...
Dengan rahmatMu yang maha pengasih dan maha penyayang....
Berkatilah usia ku....
Aku mohon padaMU....
wahai Tuhan Sekelian Alam...
Engkaulah tempat ku bergantung harapan....


Buat Insan Bergelar Isteri

Pagi yang hening, aku masih termenung memikirkan perjalanan hidupku. InsyaAllah tahun ini aku akan naik pangkat bergelar suami pada seseorang.

Rasa takut, gementar bercampur baur dalam hati. Mampukah aku melaksanakan tanggugjawabku nanti. Memimpin orang yang tersayang dalam kekontangan ilmu. Terlalu banyak kekurangan diri ini tapi dia masih menerimaku.

Buat bakal Isteriku,

Aku tidaklah setampan Salman Khan atau Aaron Aziz,
aku juga tidak sekaya Bill Gates,
namun terasa diri inilah orang yang paling tampan dan kaya,
saat kau menjadi isteriku.

Aku tidaklah sebaik Nabi,
tidak lari dari dosa dan kekhilafan,
sering terbabas dari landasan,
nasihatilah aku dalam kelembutan,
moga aku pulang ke pangkal jalan.

Aku cuma lelaki biasa,
tidak sehebat tokoh-tokoh dunia,
namun kau menerimaku seadanya,
walaupun ramai lelaki yang mencuba.

Hadirmu adalah anugerah,
Penyelamat hati dari kesepian,
Peneman di kala susah dan senang,
Penyejuk mata penawar hati.

Doa ku panjatkan moga bahagia dalam ujian,
Usia kita dipenuhi kasih sayang,
Anak-anak yang soleh dan solehah,
Menuju matlamat mencari redhaNya,
Moga Allah makbulkan.

Terima kasih Allah,
menghadirkan dirinya dalam hidupku,
menjadi bidadari hati ini,
pelengkap hidup seorang lelaki.

Ya Allah, berkatilah hidup kami,
Amin..

Monday, February 14, 2011

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"

Azan berkumandang dikala fajar menjelma. Aku menarik selimut, hawa pagi yang sejuk menggoda jiwa untuk terus melayan nafsu tidur.

"Ya masa subuh masih panjang..." aku mengiakan hasutan syaitan menggoda manusia melupakan Allah..Masih bergolek menikmati nikmat baring yang Allah beri.
"Sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidur"
Aku mengiakan seruan itu tapi badan aku yang berotot pejal bagai tidak mampu untuk mengangkat selimut. Terasa lemah dan terasa betapa tebalnya rasa sayang aku pada selimut sehingga tidak sanggup aku melepaskanya. Juga pada bantal yang sentiasa membelai kepalaku supaya aku lena. Rasa sayang ku begitu menebal hingga lupa itu semua nikmat dari Allah. Bantal dari kekabu itu datang dari Allah, selimut itu juga datang dari Allah. Allah yang maha penyayang....Lupakah aku pada ketika itu. Eh aku ingat tapi bagai tidak menghargai nikmat yang Allah beri. Hasutan syaitan dan jiwa yang begitu jauh membuatkan aku terus berbaring.

Masa terus berlalu....

"Ala baru jam 6.45 pagi. Masih banyak masa lagi", kata hati nafsu ku. Lagi lima minit aku bangunlah.

Masa masih setia berlalu....

"enol bangun...kau tak pergi kerja ke? Aku terdengar mak melaung namaku. Ku lihat jam yang tertera pada telefon bimbit ku... Ha!!!! Dah pukul tujuh setengah......wah dah lambat nie....segera aku capai tuala mandi secepat mungkin...dalam hati terbayang "punch card" aku yang mungkin merah kerana lewat sampai ditempat kerja... Gosok gigi ala kadar, mandi dan sabun pun cukup syarat je...terlalu risau tentang bos yang mungkin akan marah kerana kelewatan tambah pagi nie ada meeting dengan lembaga pengarah. "Solat subuh nak ganti ke tak ek...ala nanti je la aku ganti..dah lewat nie.." Selamba je aku buat keputusan.

Takut pada manusia, takut kehilangan dunia tapi lalai pada Allah.

Inilah senario biasa dalam hidup kita zaman sekarang. Malas, suka untuk bermalasan dari menjadi rajin atau bersemangat. Lebih rela susah dari senang. Lebih bahagia dipuji manusia dari dikasihi Allah. Mengejar dunia tanpa pedulikan akhirat. Mencari pengiktirafan manusia lebih utama dari redha Allah..