Thursday, August 5, 2010

Speechless...


24 Syaaban 1431 Hijrah / 5 Ogos 2010


10.30 am..

"Mak...mak ada duit tak?" aku bertanya.
"Ada...kenapa, nak pinjam?" tenang je mak menjawab.
"Mmm mak ada berapa?"tanya ku lagi ingin tahu.
"Kau nak berapa?" mak soal aku balik. Tidak nampak langsung rasa pelik pada wajah mak bila anaknya yang dah bekerja ini meminta duit.
"Berapa mak ada?"aku bertanya lagi soalan yang sama.
"Seratus" mak jawab. "Kau nak duit ke?" soal mak pada aku.
"Pinjam seratus boleh?" pinta ku pada mak.

"Boleh" mak jawab dengan muka yang tenang. Tidak kelihatan langsung riak muka kurang senang di wajah mak. Tubuh separuh abad itu menuju ke dapur mahu mengambil wang seratus.
Wang seratus itu sajalah jumlah yang dia ada. Tidak pula mak bertanya untuk apa aku perlukan wang tersebut.

Ku tahan mak."Takpe la mak, tak jadi nak pinjam" kataku pada emak. Wajah mak berubah menjadi hairan. " Kau nak pakai duit ke? Mak ada seratus kalau kau nak" mak bersungguh-sungguh nak beri. "Takpe- takpe tak jadi la nak pinjam" kataku tegas. Mak hairan.

Aku ambil cawan, tuang air nescafe yang mak buat. Aku minum. Bukan kerana dahaga tapi untuk tahan sebak sebenarnya. Aku bukan takde duit. Wang aku masih mencukupi, tapi aku sebak sangat bila mak sanggup berikan aku wang, sejumlah wang yang dia ada tanpa satu soalan.

Padahal aku...nak beri seratus pun masih berkira-kira cukup ke untuk bayar hutang, loan kereta dan lain-lain. Sanggup ke aku beri semua duit yang aku ada pada mak jika dia minta? tanpa banyak soal? Terlalu payah untuk aku tapi terlalu mudah untuk mak.

Sebak...aku hidup enjin motor, menuju ke stesen minyak, keluarkan duit dimesin ATM. Aku pulang, beri pada mak. "Nah mak buat belanja" kata ku. Tambah hairan muka mak. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada mak.

p/s: Kawan-kawan lebih baik kita beri wang kita pada ibu ayah kita dari kita simpan wang didalam bank yang mengamalkan riba. Ia pelaburan yang sangat menguntungkan buat orang-orang yang tahu.
:)



2 comments:

cik lynn said...

uhhhh..sedih la baca entry awk ni..thnx ye ingtkn sy dan lain2...

Unknown said...

betul tu adik....untuk peringatan buat akak jugak...restu mak ayah tu sgt penting utk hidup kita....terima kasih adik...info tu sgt berguna...