Tuesday, December 14, 2010

pagi ini


pagi ni aku rasa berat sungguh untuk pergi kerja...

aku nak cari satu kehidupan yang lebih bermakna

untuk keluarga dan diri aku sendiri..

Sunday, November 21, 2010

"MASA"



"tik tik tik tik"

Jarum jam yang bergerak menunjukkan masa yang berjalan...

Ya Allah,
Usia ku sudah pun menjangkau 28 tahun 2 bulan 12 hari...
Apa yang telah aku lakukan sepanjang umurku..
Terasa seperti semalam aku aku dilahirkan...
cepatnya masa berlalu..



benarlah kata hukama,
"hidup ini cuma ada tiga hari,
Semalam yang telah menjadi sejarah,
hari ini yang kita masih terlena dan
hari esok yang kita sering risaukan yang belum tentu kita akan sampai"


Ya...cuma tiga hari sahaja...
Terlalu singkat....

Usia...
Itulah modal kita di dunia ini...
Kita diberikan umur di dunia untuk mencari bekalan di akhirat...
Namun apa yang aku rasakan...
Hidup ku umpama berjalan diatas sekeping ais yang nipis....
Dibawahnya api yang marak menyala..
Destinasi Syurga masih jauh....
Terlalu jauh...
Tidak akan sampai dengan berjalan..
Hanya dengan kenderaan Rahmat barulah aku mampu sampai ke
destinasi...



Ais semakin tipis...
Menunggu masa untuk cair dan jatuh...
Namun aku bagai belum sedar...
Belum sedar ais yang semakin menipis...
Aku nampak tapi tidak aku hiraukan...
Argh...masih banyak masa lagi...
Sombongnya aku...
Tidak pula berdoa mohon pertolongan...



Ya Allah...
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan...

Tuesday, August 10, 2010

Mama Pesan Jangan Ikut Orang Yang Kita Tak Kenal


“Mama…kenapa mama lambat hari ni?” Tanya Shuhada. Kemerah-merahan muka anak kecil itu dek panahan mentari menunggu ibunya datang. Hampir lima belas minit dia menunggu dibawah pokok berdekatan pagar sekolah.

“Mama sibuk tadi, banyak kerja. Maafkan mama ye,” si ibu cuba memujuk. Mengusap- usap kepala anak kecilnya yang berumur tujuh tahun itu. Kesibukan kerja menyebabkan dia terlupa dengan masa yang bergerak pantas. Mujur jalan raya tidak sesak, jika tidak pasti dia lebih lewat sampai ke sekolah anak kesayangnya itu.

“Masa Adah tunggu mama tadi, ada orang tegur Adah. Dia ajak Adah ikut dia.” Cerita anak kecil itu. “Ha! betul ke?” Timbul risau dihati si ibu. “Adah tak ikut. Mama kan dah pesan jangan ikut orang yang kita tak kenal”,terang anak kecil itu. “Bagus anak mama ni, mama janji lepas ni mama tak lewat lagi”, janji si ibu. Bukan pada anaknya saja tapi pada dirinya sendiri. Gerun hatinya bila memikirkan jika anaknya diculik. Terbayang berita-berita di dada akhbar tentang anak-anak kecil diculik dan diseksa dengan kejam oleh manusia yang berhati binatang.

“Kat sekolah belajar apa tadi?” si ibu mengalih tajuk perbualan. Tangannya memegang stereng menumpukan perhatian di jalan raya. “Ustazah ajar pasal Nabi Muhammad, mama. Ustazah cakap Nabi Muhammad tu baik, semua orang ikut cakap dia, ikut apa dia buat. Lagi ustazah cakap kita ni umat Nabi Muhammad sebab dia Rasul kita.”, panjang lebar anak kecil itu bercerita. Si ibu tersenyum, sejuk hati dia mendengar. “Mama…Rasul tu apa?” Timbul pertanyaan dari si anak. “Mama ceritalah pasal Nabi Muhammad mama. Ustazah cakap semua orang kenal Nabi Muhammad, tapi Adah tak tau pun. Mama tak pernah pun cerita kat Adah. Nabi Muhammad buat apa mama? Kenapa kita kena ikut dia?” Pertanyaan demi pertanyaan muncul dari bibir mungil si kecil.

Tergamam si ibu. “Ustazah tak beritahu ke tadi?” Si ibu cuba mengelak, menjawab dengan pertayaan. “Ustazah ada cerita tapi sikit je, lepas tu ustazah keluar ada cikgu lain panggil.” Jawab Shuhada. “Mama tak jawab pun soalan Adah, kenapa kita kena ikut Nabi Muhammad mama?” si kecil mengulang pertanyaan yang sama. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Masih terbayang Ustazah Azarina bercerita tentang Nabi Muhammad di kelas tadi. Si ibu terdiam, memikirkan jawapan namun tidak ada jawapan yang sesuai. Hatinya agak kalut.

“Mama ni macam tak kenal je Nabi Muhammad.” Mama pesan jangan ikut orang yang kita tak kenal,” rungut si kecil. Si ibu terpempan dengan kata – kata anaknya. “Ish…mama tau la. Malam nanti mama cerita ye.” Akhirnya keluar juga jawapan yang sesuai. Jawapan untuk mengelak. “Kita pergi makan dulu ye.” Pujuk si ibu. Cuba untuk mengalih suasana agar anaknya tidak bertanya lagi. “ Okay, Adah nak makan buah. Ustazah cakap buah baik untuk kesihatan dan buah itu tanda kasih sayang Allah.” Petah si anak berkata-kata. Si ibu tersenyum. Namun hati si ibu sedih. Sedih terhadap dirinya yang tidak dapat menjawab soalan anaknya tadi. Terasa jahil sungguh dia tentang Islam, tentang Nabi dan Maha Pencipta. Dalam diam dia bertekad untuk menimba ilmu agama, ilmu yang pada masa lalu tidak dipedulikan sangat.

“Mama….Allah tu kat mana? Kenapa Adah tak nampak Allah mama?” Shuhada, si anak kecil bertanya lagi. Si ibu senyap. Peluh mula terbit di dahinya. “ Malam nanti mama cerita ye sayang.” Pujuk si ibu sambil di dalam kepala ligat mengingat lokasi kedai buku yang berhampiran. Matanya sudah bergenang. “Ya Allah…jahilnya aku

Friday, August 6, 2010

"Belum Berjuang, Sudah Meraikan Kemenangan"


25 Syaaban 1431 Hijrah/ 6 Ogos 2010


Suatu petang yang hening....

"Bang...raya nanti kita nak pakai warna apa ye?", tanya si isteri. "Terpulanglah pada sayang, abang tak kisah", jawab si suami. Si isteri tersenyum, terbayang baju kurung hijau pucuk pisang di mata. Sedondon pula dengan baju melayu warna yang sama milik si suami. Mereka baru berkahwin dan inilah kali pertama mereka akan menyambut hari raya berdua. Ramadhan akan menjelma 4 hari lagi, tetapi sudah terbayang suasana raya yang bakal menjelang.

Situasi di atas adalah senario biasa di negara kita.

Pernahkah anda lihat tentera yang akan pergi berjuang tetapi sudah meraikan kemenangan? Bukankah pelik jika situasi itu berlaku. Medan perjuangan sudah dekat di depan tapi mereka sudah buat persiapan untuk bersuka-ria menyambut kemenangan. Seolah-olah mereka sudah pasti bahawa mereka akan menang.

Di negara kita inilah yang selalu terjadi....

Ramadhan belum pun menjelma, kita sudah sibuk melakukan persiapan untuk hari raya. Sudah mula memikirkan kain warna apa yang hendak dibeli, dimana mahu ditempah. Sudah mula memikirkan perabot mahu ditukar di tambah lagi dengan promosi syarikat - syarikat perabot yang menggalakkan hutang dan riba. "Promosi Raya, Dapatkan Perabot Idaman Anda Tanpa Perlu Bayar Sehingga 90 Hari". Hebat sungguh promosinya. Jangan terpedaya kawan-kawan, bukan kemenangan namanya jika kemenangan disambut dengan hutang.

Belum tiba Ramadhan sudah berkira untuk menukar kereta, sport rim, mahu tambah spoiler dan macam-macam lagi. Barulah lengkap hari raya kita nanti. Seolah-olah kita pasti kita akan berjaya menempuh Ramadhan dengan cemerlang. Seolah-olah kemenangan adalah milik mutlak kita.

Jika melangkah di pusat membeli-belah sudah kedengaran lagu-lagu raya. Di corong-corong radio sudah berkumandang lagu suasana hari raya padahal baru sahaja awal Ramadhan. Terlintaskah difikiran apakah kita pasti, kita akan bertemu Ramadhan dan berjuang dalam bulan Ramadhan atau kita ditakdirkan mati sebelum Ramadhan. Bacalah surat khabar, pasti ada saja berita tentang kematian setiap hari. Ambillah iktibar dan samalah kita berdoa moga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan al-Mubarak.

Kawan-kawan...

InsyaAllah, lagi 4 hari kita akan menyambut Ramadhan. Penghulu segala bulan. Bulan penuh keberkatan. Bulan diawalnya Rahmat, pertengahannya Pengampunan dan diakhirnya kebebasan dari api neraka buat mereka yang benar-benar menghidupkan Ramadhan.

Setiap muslim pasti akan merindui Ramadhan. Ramadhan umpama kekasih yang telah lama pergi dan kini datang kembali untuk menemui kita. Tapi datangnya tidak lama cuma sebulan sahaja untuk "bermesra" dengan kita.

Jika kita mahu jumpa kekasih kita yang kita rindui, yang setahun tak berjumpa, apa yang kita buat? Pasti kita mandi bersih-bersih, sabun satu badan. Kemudian rambut yang serabut kita gunting biar kemas. Baju dan seluar kita gosok tak mahu ada kedut sedikit pun.

Malam sebelum berjumpa tak boleh tidur....gelisah, rindu tak sabar nak jumpa. Sebelum berjumpa kita pakai minyak wangi..sembur banyak-banyak biar senang hati kekasih. Dahsyat sungguh persiapan kita kan?

Dan bila berjumpa pasti kita kan buat yang terbaik untuk dia..masa yang kita ada dengan kekasih tak lama..cuma sebulan..mmm sebulan bersama kekasih umpama sehari, terasa cepat masa berlalu. Duit dilabur kita tak kisah janji masa dengan kekasih kita bahagia. Saat berpisah dengan kekasih pasti kita sedih, merenung nasib bilakah kita akan berjumpa semula dengannya.

Begitulah sepatutnya kita menyambut Ramadhan. Melakukan persiapan diri sebaik-baiknya, belajar tentang asas-asas puasa, rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, cara solat terawih, perkara-perkara sunat di bulan Ramadhan dan lain-lain amalan dibulan Ramadhan.

Jika sebelum jumpa kekasih kita mandi bersih-bersih, maka sebelum bertemu Ramadhan kita bersihkan hati kita. Taubat dan doa sungguh-sungguh. Minta maaf pada ibu bapa, rakan dan sahabat kita. Sambutlah Ramadhan dengan hati yang bersih.

Kemudian kita tahu kita cuma ada sebulan sahaja mahu "berdating" dengan Ramadhan buatlah perancangan apa yang mahu kita lakukan dibulan Ramadhan. Ada orang mahu berazam mahu membaca Al-quran sepanjang ramadhan, ada orang mahu duduk di saf depan solat terawih sepanjang Ramadhan, ada orang mahu bersedekah dengan anak yatim, maka buatlah perancangan. Mantapkan ilmu kita moga kita tidak kehilangan arah pada bulan Ramadhan.

Ramadhan bulan bonus bagi umat Islam sekarang. Allah janjikan bonus yang sangat besar pada bulan Ramadhan dengan syarat "Perfomance Kena Bagus". InsyaAllah, jika performance kita bagus, kita kan dapat bonus, ganjaran yang amat besar dari Allah. Jika performance kita sangat bagus, insyaAllah, Allah beri kita bonus seribu bulan iaitu "Lailatulqadar". Malam penuh keberkatan umpama seribu bulan. Tidak pernah kita dengar pun syarikat-syarikat yang besar yang mampu beri bonus sebanyak seribu bulan tapi Allah beri. Lihatlah betapa Allah itu maha kaya lagi maha Penyayang pada hamba-hambanya.

Kita bila dengar bonus je terus senyum.... tak senyum pun hati kita berbunga. Tapi ingat bonus based on performance kawan-kawan. Jangan sibuk berkira berapa bonus yang kita akan dapat tapi fokuslah untuk perform yang terbaik. Mantapkan ilmu Ramadhan, buatlah perancangan dan tawakallah pada Allah moga Ramadhan yang kita lalui nanti jika diizin Allah adalah Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan yang sebelum ini.

Kawan-kawan...

Sama-samalah kita berdoa moga umur kita dipanjangkan untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak. Bulan penuh keberkatan, bulan dimana doa kita dimakbulkan. Sama-samalah panjat doa seikhlas hati moga Allah memberi peluang untuk kita menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini.

RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”

Kawan-kawan...

Fokuslah pada perjuangan di bulan Ramadhan sebelum kita teruja dengan kemenangan yang mungkin bukan milik kita.

P/s : Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata.


Thursday, August 5, 2010

Speechless...


24 Syaaban 1431 Hijrah / 5 Ogos 2010


10.30 am..

"Mak...mak ada duit tak?" aku bertanya.
"Ada...kenapa, nak pinjam?" tenang je mak menjawab.
"Mmm mak ada berapa?"tanya ku lagi ingin tahu.
"Kau nak berapa?" mak soal aku balik. Tidak nampak langsung rasa pelik pada wajah mak bila anaknya yang dah bekerja ini meminta duit.
"Berapa mak ada?"aku bertanya lagi soalan yang sama.
"Seratus" mak jawab. "Kau nak duit ke?" soal mak pada aku.
"Pinjam seratus boleh?" pinta ku pada mak.

"Boleh" mak jawab dengan muka yang tenang. Tidak kelihatan langsung riak muka kurang senang di wajah mak. Tubuh separuh abad itu menuju ke dapur mahu mengambil wang seratus.
Wang seratus itu sajalah jumlah yang dia ada. Tidak pula mak bertanya untuk apa aku perlukan wang tersebut.

Ku tahan mak."Takpe la mak, tak jadi nak pinjam" kataku pada emak. Wajah mak berubah menjadi hairan. " Kau nak pakai duit ke? Mak ada seratus kalau kau nak" mak bersungguh-sungguh nak beri. "Takpe- takpe tak jadi la nak pinjam" kataku tegas. Mak hairan.

Aku ambil cawan, tuang air nescafe yang mak buat. Aku minum. Bukan kerana dahaga tapi untuk tahan sebak sebenarnya. Aku bukan takde duit. Wang aku masih mencukupi, tapi aku sebak sangat bila mak sanggup berikan aku wang, sejumlah wang yang dia ada tanpa satu soalan.

Padahal aku...nak beri seratus pun masih berkira-kira cukup ke untuk bayar hutang, loan kereta dan lain-lain. Sanggup ke aku beri semua duit yang aku ada pada mak jika dia minta? tanpa banyak soal? Terlalu payah untuk aku tapi terlalu mudah untuk mak.

Sebak...aku hidup enjin motor, menuju ke stesen minyak, keluarkan duit dimesin ATM. Aku pulang, beri pada mak. "Nah mak buat belanja" kata ku. Tambah hairan muka mak. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada mak.

p/s: Kawan-kawan lebih baik kita beri wang kita pada ibu ayah kita dari kita simpan wang didalam bank yang mengamalkan riba. Ia pelaburan yang sangat menguntungkan buat orang-orang yang tahu.
:)



Open Your Eyes


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Tuesday, March 9, 2010

Sampai bila....

Salam,

Dah masuk 3 bulan 9 hari tahun 2010 tp aku masih lg begini..

Rutin hidup aku...

Bangun pagi kul 5.30...
mandi...siap nk g kerja...
kul 6.30 bertolak g kerja...
sangkut jem kat shah alam..dlm 20 minit..
pastu jem kat federal highway..20 minit...
Sampai kat office kul 7.45 am..
buat kerja, kena marah, layan email, balas email,
kul 5.30 habis office hour tp aku x balik lagi...
kul 6.30 baru balik..
layan jem kat federal highway n shah alam..
sampai umah kul 7.30..
mandi..g makan..kul 9.00 balik...huhuhu
layan internet...tido....bangun kul 5.30pagi....



huargh.....aku tension hidup mcm nie...

nak dikira....85% masa jaga aku habiskan untuk kerja..
bukan untuk aku tapi untuk org lain...
kalau aku kawen...aku ada 15% je masa jaga aku
untuk family tu pun belum tolak mandi...gosok gg dll...

Penat dah aku tgk org lain berjaya..
aku nk berjaya gak...cuma sekarang otak dah stuck dah...
kena cari panduan...

aku mencari kepuasan hidup...
aku taknak habiskan masa aku 85% kat ruang petak kecil
kat opis aku...banyak lagi tempat kat dunia yg nk aku terokai..
Rugi la kalau begitu....
Hidup cuma sekali...

Aku x kira aku nak berjaya gak...
Ayat kat bawah banyak pengaruh diri aku...

"Put your interest in the future, because you will
spend your life time there"

Penghalang untuk aku berjaya cuma dir aku sahaja..

Sunday, February 21, 2010

Istiqamah Dalam Pencapaian


7 Rabiul awal 1431 Hijrah....21 February 2010


Salam...
Seperti Yang dijanjikan....bilik saya telah pun siap dikemas..
Alhamdulilah....suasana bilik ini amat menenangkan jiwa......
Doakan lah saya berjaya maintain kekemasan bilik ini dalam
berjuang mengubah tabiat buruk saya...

Bilik yang telah dikemas...sila lihat gambar dibawah...


Yang teristimewa pun dah pun duduk bersama saya.......
Namanya Ellie's hehehehe ada lapan ekor kesemuanya...
Inilah Roomate Baru saya....


Ha..saya dah pun ada roomate yang comel....hehehehe
Doakan saya berjaya dalam mengejar impian hidup...

Amin....

Thursday, February 18, 2010

Melakukan Perubahan....

3 Rabiul awal 1431 Hijrah... 17 February 2010

Dah banyak kali aku try nak ubah tabiat aku yang x berapa bagus
nie. Aku ni susah sgt nak maintain kekemasan bilik aku, kadang2
penat je aku kemas..berpeluh2 tapi x sampai sehari confirm sepah
balik...aku pun x tau camne nak ubah tabiat aku nie...Buktinya sila
lihat gmbr kat bawah.



Mulai hari ni aku berazam nak maintain kekemasan bilik aku..aku
yakin boleh..Lagi pun ada orang baru nk dok dgn aku dlm bilik nie
so kenalah kemas n jaga bilik nie elok2... kalau x malu je lah...

Bagi aku kalau aku berjaya ubah tabiat aku nie...insyaAllah aku akan
berjaya dalam hidup...

Penghalang utama untuk berjaya adalah diri kita sendiri...bukan orang
lain..Kawan kawan doakan aku berjaya...

Teringat kata ustaz dalam satu ceramah dibulan Ramadhan...

Sabda Nabi, selepas perang Badar, “Kita baru kembali (selesai)
dari jihad kecil (perang) menuju jihad besar, yaitu, jihad
melawan diri sendiri.”

Moga tekad aku ini akan mengubah hidup aku ke arah yang lebih
baik...Moga aku akan berjaya....amin..

"First step is the hardest, to break the wall need a strong heart, just
do it with full determination, step by step until you reach the peak
and please dont go down back."

.

Bila bilik nie dah kemas aku akan update...insyaAllah weekend nie...
Yang teristimewa pun akan start dok dlm bilik aku weekend nie.

Friday, February 5, 2010

Hidup nie...

Sedih sungguh hari nie...
tapi xpe...
aku akan hadapi hidup ini dgn tabah...
capai impian aku...
malas nak pikir2 lg...

aku nak sayang diri aku je...

Amin....

Tuesday, January 26, 2010

...........

10 safar 1431 hijrah/ 26 januari 2010


hari paling sedih dalam hidup aku...

Friday, January 1, 2010

Doa...


Salam...

Baru je lepas solat Jumaat.
Teringat masa solat Jumaat minggu lepas..Aku lambat pergi masjid..layan mythbusters..Sampai masjid orang dah penuh...padat...
Habis khutbah kedua je aku try masuk dewan solat tapi macam xde tempat je..Doa banyak2 moga ada tempat untuk aku..
Alhamdulillah...Dapat tempat kat tepi tangga...Nyaman lak tu..Dengan Rahmat Allah aku terpilih untuk solat jumaat hari tu...
Moral: Doa la selalu dalam setiap perkara.. :)

New Begining of Me




15 Muharam 1431 Hijrah

Salam...selamat tahun baru 2010. Sebenarnya dah 15 hari tahun baru berlalu 1431 Hijrah.
Bila ingat2 balik apa yang aku dah capai selama 27 tahun lebih aku hidup..macam xde pape je..

So...

Aku nak restructure balik hidup aku. Aku dah penat tengok org lain berjaya tapi aku mcm ni lagi.Aku pun nak berjaya jugak.. aku nak berhijrah..Hijrah ke arah hidup yang lebih baik.

Aku dah berhenti kerja pun..dan dah dapat kerja baru...Alhamdulilah.. Semoga impian aku tercapai tahun baru ni...Amin